Cabaran 2 Jam

AWAS!! Entry ini panjang..
 
Assalamualaikum ...:) sambungan dari entry ini
 
Perempuan  suka shopping kan. Termasuk aku. So this month, aku plan nak beli kasut dan seluar. Iolls dah berbulan-bulan tak beli baru. ( nak cite pun malu uolls). So with some duit gaji aku nak pergi beli 2 jenis barang ni.
 
Kenapa 2 jam je? sempat ke?so.. Cabaran bermula. Pergi beli barang dekat Sogo. Banyak sale uolls.hahaha.. My target is beli 2 barang dan solat Maghrib kat rumah. The reason why nak solat maghrib kat rumah sebab aku honestly tak suka surau dekat Sogo.Kecik untuk segerombolan manusia yang sedang bershopping sakan..
 
Dengan semangat nan waja, aku redah lautan orang kat Sogo tuh. Sebenarnya takde lah lautan sangat. Aku pergi tu tak ramai macam hujung minggu. So aku dengan senang lenang pergi cari selaur jeans. Aku nak test power guna Padini. Iolls tak muat pulak seluar tuh. Padahal saiz L tuh. Bukan salah aku yang gemuk, tapi cutting dia yang kecik...hahaha..jahat gila aku kan. Tak nak mengaku gemuk..hihi..Aku test 4 helai seluar..Finally dapat lah satu. Harga murah jer RM 35.
 
Next pulak, kasut. This time aku pergi sorang-sorang untuk beli kasut. So sendiri punya pilihan. Aku dah set dalam akal ciptaan terhebat ni nak beli kasut jalan yang bertutup. Dengan lenggang kangkung Mak Jemah, aku pergi bahagian kasut. Satu floor dengan seluar. So pusing-pusing,test-test, posing-posing dan minta saiz.( ada bunyi macam pantun tak?) Kasut ada jer dekat ruang legar kat bawah. Tapi aku tak nak beli kat situ. Penuh orang kat situ. Dan aku memang tak suka berhimpit sebegitu rupa..oh noooo...So dapat satu kasut.
 
Uolls kalau nak tahu,time aku pergi sogo ni..rasa cam nak tercabut kaki dan semput. Penat wooo...So untuk melepaskan penat, kita minum dulu :
  
 
My first each a cup untuk beberapa bulan ni. Woo...nikmat seh..Biasanya aku beli Mocha @ coklat.. But nak tukar selero, aku beli Hazelnut. Eddie sister yang ajar aku minum ni. Sampai sekarang jadi amalan.hihihi..Suka gigit bubble tuh..( tetapi lelaki tak suka kan?)..
Dah beli minum, so kita pun balik.
Misi terakhir, solat maghrib kat rumah. Aku sebenarnya takde jam. Habis bateri. So dalam LRT tuh, sempat lah jeling-jeling jam orang lain. So berkira-kira sempat ke tidak.Maghrib awal kan. Sampai jer kat Kerinchi terus jalan laju-laju pergi kat moto ( Saya minah motor yang berhemah).hihi..
 So bawak motor agak laju ( 60Km/Jam)..Jangan gelak.Ini sangat laju bagi aku.hahaha. Sampai rumah, parking, masuk rumah DAN
-
-
-
-
Aku sempat solat Maghrib.. Cabaran berakhir dan berjaya. Meh kita tengok apa yang ada dari Sogo: 

Sehelai seluar dan sepasang kasut dalam masa 2 jam.  So ladies.. Bukan lagi mustahil untuk shopping dalam masa 2 jam. Cuma pastikan tahu apa yang nak beli dan alone maybe. hihiihi..That my shopping story. Enjoy dan have a good day. TQ for reading dan Assalamualaikum. :)

No comments: