Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum
 
Hujung minggu nie banyak gila berjalan. Berjalan survey barang for cousin wedding. So untuk balance, Ahad duduk kat rumah. Suri rumahtangga la katakan. So my roomate ajak pergi beli barang dapur. Gila banyak barang yang kitaorang beli untuk bekalan sebulan. Berat kot. So we olls rajin nak masak spagethi. Peh nak cari pahan sikit punyer susah. Satu kedai ke satu kedai semata-mata nak beli sos spagethi dengan oregano ( betul ke tidak lah ejaan ni).
For me, masak spagethi agak penat.Tak tahu lah nape. Mungkin bahan yang nk kene potong tu banyak kot.huhu. So we start the cooking after beli segala mak nenek untuk buat spagethi. Panas kot. Tengahari buta pergi beli barang. Tapi kucing tepi longkang relax jer duk santai bawah rimbunan bunga. Jealous!!

Sedap yer uolls. Kalah yang beli kat kedai.hahah..perasan gila. So kerana makanan ni sedap, so i would like to share the rasepi. Thanks for Teha Zailani ( adik kepada Fiza Zailani) yang share this resepi. Check it out :
 
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan butang ( kecik/besar)
1 botol sos spagethi ( i guna jenama kimball -tradisional)
1 labu bawang besar ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( cincang halus)
1/2 camca teh oregano(nak lagi sedap-optional)
1/2 botol air ( sukat guna botol spagethi)
3 sudu makan cili kisar ( optional-just nak bagi pedas)
3-5 sudu makan minyak ( untuk menumis)
gula & garam secukup rasa
1 paket Spagethi
Bebola :
1 paket daging/ayam burger ramly (buat bulat-bulat-optional)
 
Cara-caranya :
1) Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak.
3) Masukkan tomato puree,oregano cendawan dan sos spagethi. Dan masukkan air.Perasakan dengan garam dan gula.
4) Rebus bebola. Kalau timbul tu maknanya dah masak. Terus masukkan dalam periuk kuah tadi.
5) Ambil lebih kurang 3 senduk air rebusan bebola dan masukkan dalam kuah spagethi. Kalau nak pekat boleh kurangkan air.
6) Reneh kuah sampai mendidih. Then kuah pun siap.
7) Rebus mee spagethi dalam periuk, letak air biar banyak. Then masukkan sedikit minyak serta garam( jangan banyak sangat nanti masin). Rebus sampai lembut.
 
Ni boleh makan dalm 3-4 orang. kalau tak nak guna air bebola pun takpe. Just gantikan dengan air biasa.Maaf lah yer, kalau resepi ni macam tak teratur. I olls bukan reti sangat nak susun-susun ayat ni. If uolls tak faham, boleh tanya. jangan malu-malu k. Hope boleh tambah list resepi kamu semua yer. Anyone yang mungkin suka Neelofa mungkin suka tengok INI i think?Till Then. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)
 
Do "LIKE" & "TWEET" if you like it :)



8 comments:

aiman mania said...

nampak best..tapi,kalo aiman try resepi nih jadi apalah gamaknya, ya?haahaa.. :)

Mariam Musa said...

belum cuba belum tahu Aiman..dah cuba nak buat selalu..hihih :)

eKa said...

Haiii...salqm kenal...


Pasal winter jacket di korea.... Berdasarkan pengalaman Saya boleh dpt Trendy winter jacket yg harganya tak sampai 100.puluh2jer...murah.better kalu nak gi sana,time winter...baik beli sana jer.spare la 1 dari mesia

Nazri Razra said...

Salam kenal gak. Hehehe. Sedap spaghetti tu.

Cite nak pi Korea kan. Nak beli jaket kan? Beli sini time sale sb sana ikut currency kali 3, , lagi mahal.

Rasanyatak perlu beli jaket winter cam gi Alaska, yh bebiasa je dah cukup.

Amanda Musa said...

Salam perkenalan kak Eka,..that mean murah lah jugak eh..akak beli kat area myongdong ke?

amanda musa said...

mmg sedap nih..hihihi...ooo..ok..nanti sy pergi tengok dekat UNIQLO kot2 ade sale. Buat spare dari Malaysia.tq :)

Hj.Azizukey Hj.Abdullah said...

tengah test resepi amanda tq

Amanda Musa said...

Salam..resepi orang bujang jer Tuan Haji...hihihi