My favorite Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum
Selamat datang ke Channel Masak me-masak by Amanda Musa..Really long time no see uolls..Nak kata busy, tak jugak.. Tapi Busy jugak ar sebenarnya. Cari sumber pendapatan extra. Kali ni kan, Manda nak share satu resepi yang iolls suka sangat. Cuma kadang malas nak buat..hihi..Resepi ni originally from my mother friend. Since 2007 kot i makan benda ni. Masa i duduk rumah kawan i time practicle.hihi..Almost every day mak dia masak sambal ikan bilis. So kira dan 6 tahun lah resepi ni untuk i..Suka sangat makan, walaupun pedas cam nak tercabut cuping telinga. So cam rugi kan tak share resepi yang awesome ni dengan korang semua.
 
What you need :
sebungkus ikan bilis - digoreng garing
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
 
Cara-cara nya :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai lumat ( separuh lumat pon bole).
2. Dengan guna minyak yang goreng ikan bilis tadi ( tambah atau kurangkan ikot keperluan), tumis bahan tumbuk. Dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 3. Bila bahan agak garing, masukkan ikan bilis. Kacau smpai rata dan tutup api.
Dah Siap!!!!
 
Senang yang amat kan??? tapi kalau korang nak hidang untuk ramai orang, korang boleh blander kering. Sebab iolls pon kadang-kadang malas nak menumbuk.. Nanti naik ketul-ketul kat lengan, kang tak lawa lak.hihihi.. Biasanya, i selalu buat mula-mula blander kering. Pastu bila dah separuh hancur, i olls tumbuk lak pakai lesung batu.hihi.. Orang kata, rasa lesung tu buat makanan lagi sedap.. betol eh????
 
Masa mak kawan i buat benda ni, i boleh menambah nasi 2 3 kali.  Buruk perangai kan.hihihi.. Sambal ni korang boleh makan dengan nasi, cekodok, roti atau " sungguh enak di makan begitu saja"..ape ingat roti gardenia je ke leh makan camtu jer?hihihi. So selamat mencuba..
 
Ok berbalik pada extra income tadi tu kan, i olls ada buat hand made or  Home made flower brooch

Sila singgah di
Kalau anda berminat untuk jadi dealer, boleh contact di email thefunnjoy@gmail.com
Have a nice day semua !!...till see you than..


No comments: