Procedure di Incheon Airport, Korea

Assalamualaikum semua!!
Have a good day everyone. Tetiba banyak topik nak tulis.hahaha...Incheon Airport sangat jauh beza dengan LCCT.. Macam langit dengan bumi!. Tapi kalau Incheon Airport dengan KLIA, kira lebih kurang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Last aku pergi KLIA masa 2004. Nak pergi Sabah. So sekarang for sure KLIA lebih gempaq kan?? Masa sampai kat Korea, korang akan lebih dup-dap-dup-dap. Kalau korang pergi dengan kawan, husband or family boleh lah korang berpeluk kegembiraan. Aku??nak peluk sape??abang pilot?? mampus i kene masuk penjara. Sebab buat ganguan seksual..huhuhu..
When jejak je tanah Korea,korang automatic senyum lebar.hihii..lagi best bila baca monitor camni :
yahoooo..dah sampai.!! seronok sangat..serious seronok. So procedur kat korea ni agak lain sikit dari LCCT..Lagi sekali, bagai langit dengan bumi.hahahha
 
Langkah 1: 
Ikut sign arrival. Untuk pergi ke arrival hall, jangan gatai kaki nak pakai tenaga untuk berjalan. Jauh ! Serious jauh. Sila lah guna lantai bergerak ni.. Tapi biasanya orang pergi toilet sebaik sahaja jejak airport. Nak tilik muka, gosok gigi, basuh muka, mengosongkon tangki dan apa sahaja korang rasa perlu.hihi..Yang best nya dapat tengok view.Masa ni korang akan lalu kat quarantine. Lalu je. Tak kene pape pun. Cuma kalau dia ada detect korang ada penyakit berbahaya, baru diorang tahan.
 
Langkah 2:
Korang jalan sampai ada sign board untuk naik train ke arrival hall. Aku aritu macam kene turun tangga sikit. Tapi biasanya confirm semua orang akan pergi naik train tu. Cam biasa kalau tak sure , sila tanya orang. Train tu tak lama sangat nak tunggu. Naik train pun dalam 5-10 minit. Kejap je. Dan dalam train tu takde kerusi yer.hihi.. Sowi takde gambar.
 
Langkah 3 :
Bila dah sampai, turun je dari train perlu pergi ke kaunter camni :
Tapi bukan turun, terus jumpa. Kene lah jalan sikit. Kaunter ni haruslah wajib pergi. Pilih yang foreigner. Jangan nak ngada-ngade pergi local passport. Sebab kamu rakyat Malaysia, bukan rakyat Korea. Ada faham?hihi. Pastikan arrival card siap di-isi. Kat sini dia akan scan muka korang, sama ke tak dengan gambar.  Stamp your passport. Semua ok, will go to next step. Arrival card macam gambar kat bawah ni : 
Card yang kecik arrival card. Card yang panjang customs declaration.
 
Langkah 4 :
Setelah dah siap scan muka, dan stamp passport korang. Time ni cam bangga gila sebab ada stamp Korea kat passport i .hihi. Korang leh jalan pergi ambik bag. Sebelum ambik bag, berhenti dulu kat sini : 
Kalau korang leh nampak, Air Asia "X" line no 11.
Check dulu bag korang duduk line berapa, barulah pergi ambik. Skrin ni betul-betul depan kaunter tempat stamp passport. Sebenarnya, aku tak perasan pon skrin ni. Siap jalan buat bodoh je. Aku jalan melepasi skrin, pastu siap berundur semula.hahaha
Jangan salah line. Kang ada tak jumpa bag.
 
Langkah 5:
Lepas dah ambik beg, terus lah ke arrival hall. On the way ke arrival hall, korang akan jumpa dengan oppa hansem/tak hansem* bergantung kepada tahap lucky korang.bhahaha, untuk bagi customs declaration. Customs declaration ni korang akan dapat dalam kapal terbang. Bila i sampai je kat arrival hall, rasa cam artis. pehal??Takde kene mengena pon. Tapi sebab banyak sangat tengok cerita korea, sebab tu lah berangan gaya k-pop starrrrrrrrrr.hahaha
 
After selamat sampai kat arrival hall, korang boleh tuju ke destinasi anda. Dari sini, bergantung pada planning korang. Masa aku sampai, i pilih naik limo bus. Korang boleh naik teksi, subway dan pickup service jika berkaitan.hihi
Ini sahaja procedure asas bila sampai Incheon Airport. Kalau ada pape yang rasa nak tanya, tanya jer.. Nothing wrong with first timer.kan?
Harap takde info tertinggal. I minta maaf kalau bila buat entry camni, pastu tak sama bila korang sampai sana. But this is yang major procedure kat Incheon airport.
Good luck everyone and have fun..:)
 
P/s : jika berkesempatan, jemput singgah ke http://adrabyamanda.blogspot.com ada banyak gelang cantik-cantik untuk dipilih.. :)


4 comments:

nohas said...

bila mendarat di negara asing, macam2 perasaan ada - seronok, gentar, tak sabar..tapi Korea memang best..

Ada info yg tertinggal - kat immigration, kena scan kedua-dua jari telunjuk..

Jari Manis said...

Yeah..pernah lalui pengalaman di Incheon Airport ni :-)

Mariam Musa said...

Sis , thanks sebab tambah info.hihi..betul kak..cam mimpi pun ada..hihi..moga dimurahkan rezeki untuk pergi lagi.hihihi

Mariam Musa said...

Sis JM, kan..best sangat kan..