Perkara Penting sebelum Terbang ke Korea :)

Assalamualaikum..
Perrr lama doh tak update. Maaflah laptop Jue ni macam tak kasi update.hahaha (alasan..padahal kau malas kan?kan kan kan).So sempat aku fikir nak masukkan entry apa minggu ni.hihi.. Korea sebuah negara maju. Tapi bagi aku ia sebuah negara yang penuh dengan cinta dengan kasih sayang. Aku lah.. Korang aku tak tahu macamana kan.
Jue baru pergi dua kali ke korea, tapi aku baca banyak gila tentang trip ke Korea. Tapi aku lupa blog mana. Harap halal lah yer..So aku dapat simpulkan kat sini perkara- perkara penting yang korang perlu sediakan/tahu before pergi sana. Harap berguna untuk korang yang akan @ bakal pergi Korea :
1) Passport - Very important.  Pastikan masih valid yer..kang sia-sia jer tak leh terbang.

2) Bagasi - Beli yang jenis light weight. Tapi kalo yang dah ada, guna je lah.Tak payah membazir. Tag jangan lupa k. :)

3) Kasut - Sediakan yang super selesa.. High heel? simpan dalam almari elok-elok

4) Ubat-ubatan - cap kapak/minyak panas/ panadol/pil-pil yang korang memang perlukan/koyok.. Yang lain pandai2 lah korang tambah.hihihi
  
5) Botol air/tisu basah - untuk basuh dot..dot... masa dalam toilet...kat sane dalam toilet tak ada provide pili air cam Malaysia.
6) Baju - kalo pergi sana lama, bawa baju sikit jer. Sebab nanti boleh basuh. Jimat space per.hihi
7) Kecantikan - mesti mau jaga tau.. pastikan ada lipbalm/losyen/pelembap muka dll.
8) Buku catatan & pen - Ikutlah macam Ibnu Batuta. Hebat gitu.
9) Makanan - bawak ikot keperluan sebab kat sana makanan halal susah nak jumpa kecuali kat Itaewon. Plus mahal.huhuhu
Ada pape yang aku tertinggal tak??? Kalau korang rasa perlu tambah, ringan kan tangan untuk comment k. . Tq for reading :)

LOVE, JAYJUE


No comments: